1.0
PENDAHULUAN
Penerbitan adalah suatu
cara untuk memperbanyakan naskah seseorang pengarang atau penulis dalam bentuk
buku mahupun elektronik. Ianya kemudian disebarkan kepada para pembaca yang
memerlukan bahan atau naskah tersebut. Jika dilihat dari sudut komunikasi,
penerbitan menjadi perantara antara sumber maklumat daripada pengarang kepada
penerima maklumat iaitu merupakan golongan pembaca. Menurut Muhammad Syahid
(2014), penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pemberian maklumat
untuk disampaikan kepada umum. Perlu diingatkan bahawa penerbitan hanyalah
merujuk kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain
(Ahmad Fadhli, 2003). Penerbitan adalah kegiatan intelektual dan profesional
dalam menyiapkan naskah, menyunting naskah, menghasilkan berbagai jenis bahan
penerbitan dan kemudian menyebarkannya untuk kepentingan umum. Penerbitan
merupakan proses yang panjang serta melibatkan banyak masa dan orang untuk mengolah
naskah yang awalnya berbentuk dummy (Muhammad
Syahid, 2014). Penerbitan pada hari ini cenderung kepada dua jenis iaitu
melibatkan penerbitan elektronik dan penerbitan konvensional. Kedua-dua kaedah
penerbitan ini seringkali digunakan untuk penyebaran maklumat dan informasi
kepada orang ramai atau golongan pembaca.
2.0 PERBEZAAN PENERBITAN ELEKTRONIK DAN
KONVENSIONAL
2.1 Definisi Penerbitan Elektronik
Kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutama dengan gabungan teknologi
digital dan komputer sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh penerbit dengan
menghasilkan penerbitan elektronik atau penerbitan dalam talian
(Latamore,2011). Ini ditambah pula dengan trend
penggunaan ICT yang semakin meningkat yang memperlihatkan semakin ramai
menggunakan internet untuk mencari maklumat dan membacanya hanya menerusi internet.
Penerbitan elektronik ialah suatu bentuk yang memperlihatkan bahan terbitan
dikeluarkan dan disimpan secara elektronik bukan dalam bentuk cetakan. Malah ia
merujuk pada proses yang menggunakan bantuan komputer untuk mencari, membentuk,
menyimpan, dan mengemas kini kandungan maklumat kepada khalayak. Kualiti yang
terhasil sama seperti penerbitan biasa. Penerbitan elektronik boleh merujuk kepada
buku elektronik, penerbitan mel elektronik, penerbitan multimedia, dan
kandungan digital (Floyd, 2012). Penerbitan bentuk ini memberi peluang kepada
penerbit kecil untuk mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran yang dimonopoli
oleh penerbit-penerbit besar dalam industri budaya ini. Dengan mengurangkan kos
dan peranan orang tengah, ianya dapat membuka pasaran baharu kepada penerbit.
Penerbitan elektronik terdiri daripada teknologi dan model perniagaan yang
melibatkan penghasilan, penyelenggaraan, pengarkiban dan pengedaran dokumen
melibatkan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain dalam bentuk elektronik
dan atau melalui komputer (Sidin Ahmad, 2009).
2.2
Jenis penerbitan elektronik
Penerbitan elektronik (juga dirujuk
sebagai e-penerbitan atau penyiaran digital atau penerbitan dalam talian)
termasuk penerbitan digital e-buku, majalah digital, dan pembangunan
perpustakaan digital dan katalog. penerbitan elektronik telah menjadi biasa
dalam penerbitan saintifik di mana ia telah berhujah bahawa rakan-semula jurnal
saintifik adalah dalam proses untuk digantikan dengan penerbitan elektronik
(Sidin Ahmad, 2009). Ia juga menjadi biasa untuk mengedarkan buku, majalah dan
surat khabar kepada pengguna melalui peranti tablet membaca, pasaran yang
berkembang dengan berjuta-juta setiap tahun, yang dihasilkan oleh vendor dalam
talian seperti kedai buku Apple iTunes, kedai buku Amazon untuk Kindle, dan
buku-buku di Google bermain Bookstore. Antara jenis penerbitan elektronik
antaranya termasuklah penggunaan CD-ROM, E-Book, jurnal elektronik, blog,
akhbar serta majalah atas talian dan sebagainya yang melibatkan penggunaan
internet (Sidin Ahmad, 2009).
2.3 Definisi penerbitan konvensional
Penerbitan konvensional adalah satu
daripada bidang penerbitan yang kecil pada awalnya, namun ia dianggap mampu
berkembang dari semasa ke semasa. Penerbitan konvensional melibatkan lembaran-lembaran
kertas bercetak yang digabungkan menjadi kesatuan bentuk melalui jilidan,
mempunyai kulit luar yang biasanya lebih tebal daripada kertas dalam teks, dan
diedarkan kepada masyarakat. Buku ataupun majalah adalah dianggap sebagai
penerbitan konvensional dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai sebelum
dan sehinggalah ke hari ini. Sebelum hadirnya peralatan canggih dalam bidang
komunikasi, seluruh manusia menggunakan bahan-bahan bercetak dalam mendapatkan
atau menyebarkan maklumat diantara satu sama lain.
2.3 Jenis penerbitan konvensional
Penerbitan
konvensional lebih terarah dalam bentuk percetakan dimana ianya merupakan
antara kaedah awal yang digunakan dalam bidang penerbitan. Penggunaan kaedah
penerbitan konvensional selalunya melibatkan percetakan buku, majalah, akhbar
dan juga banner. Sebagai contoh,
dalam bidang kesusasteraan, penerbitan dalam bentuk buku acapkali dikeluarkan
bagi membolehkan para pembaca menghayati dan memahami setiap isi penyampaian
yang ingin diluahkan oleh para penulis (Author, 2015). Manakala bagi jenis
penerbitan akhbar pula, para pembaca mempunyai pilihan yang pelbagai untuk
mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat dalam akhbar tersebut kerana setiap
berita yang dipaparkan merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan
sosial. Tambahan pula, kos bagi pembelian senaskah akhbar adalah lebih rendah
(Author, 2015). Penghasilan majalah dalam bentuk penerbitan konvensional pula
telah lama dilakukan dan melibatkan pelbagai jenis isu dan genre.
3.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
PENERBITAN ELEKTRONIK
Penerbitan
elektronik sememangnya mempunyai kebaikan yang membolehkan ianya digunakan
secara meluas pada hari ini. Antara kebaikan melalui penerbitan elektronik
termasuklah,
3.1 Memperolehi maklum balas segera daripada
para pembaca
Penerbitan
elektronik lebih cenderung kearah penggunaan internet bagi membolehkan setiap
bahan-bahan yang diterbitkan diterima oleh para pembaca. Dalam proses ini,
pembaca akan lebih mudah mendapatkan segala informasi serta maklumat yang di
sampaikan. Lebih menarik lagi, pembaca juga berpeluang untuk berinteraksi
dengan penulis terbabit dengan memberi komen serta cadangan secara langsung
(Latamore, 2011). Dengan cara ini, penulis boleh mengetahui setiap perkara yang
diinginkan oleh pembaca dan berusaha untuk menambahbaik setiap bahan-bahan
bacaan yang diterbitkan secara elektronik.
3.2 Dapat diperolehi dengan lebih segera
Penerbitan elektronik memudahkan
para pembaca untuk memperolehi bahan-bahan bacaan serta maklumat tanpa perlu
bergerak ke kedai buku atau pejabat-pejabat korporat. Hal ini demikian kerana,
para pembaca boleh mengakses segala bahan bacaan tersebut hanya melalui alatan
elektronik dengan syarat adanya capaian internet walaupun ketika berada di
rumah. Sebagai contoh, mendapatkan maklumat dengan hanya menggunakan telefon
pintar bagi mencari bahan-bahan ilmiah melalui “google scholar” (Charles
Bailey, 2010).
Walaupun penerbitan elektronik
mempunyai kebaikan tersendiri, namun ianya turut mempunyai keburukan yang tidak
boleh disangkal. Antara keburukan yang terdapat dalam penerbit elektronik
termasuklah,
3.3 Segala bahan yang diterbitkan mudah
diplagiat
Penerbitan elektronik sudah
semestinya tidak terlepas daripada segala kandungannya diplagiat. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ke-4, plagiarism ialah melibatkan perbuatan menceduk kata-kata,
idea dan lain-lain daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai
karyannya sendiri. Segelintir individu cenderung mengambil bahan-bahan daripada
internet untuk kepentingan diri tetapi tidak menitikberatkan untuk meletakaan
nama penulis tersebut dalam rujukan. Hal ini jelas memberikan kesan negatif
terhadap pengkarya yang berpenat lelah menghasilkan penulisan mereka tetapi
sewenangnya diciplak oleh orang lain. Kegiatan plagiarism melaui penerbitan
elektronik seringkali berlaku disebabkan bahan-bahan di internet mudah didapati
iaitu hanya melaui sambungan internet.
3.4 Kesahihan sumber maklumat tidak dapat
dipastikan
Maklumat atau informasi yang
tersedia melalui penerbitan elektronik juga tidak dapat diketahui kebenarannya.
Hal ini kerana, sesiapa sahaja mampu mengemukakan pendapat dan menghasilkan
penulisan di internet, tetapi tanpa melalui proses penapisan dan pengeditan
daripada pihak yang berpengalaman ianya menimbulkan kesan yang ragu-ragu untuk
diterima oleh para pembaca. Sesetengah pihak cenderung memanipulasikan keadaan
dan fakta untuk menyebar fitnah kepada pihat-pihak tertentu (Latamore, 2011).
Dengan ini fitnah dan berita palsu akan tersebar ke seluruh dunia dengan cepat
berbanding menggunakan media cetak. Sudah semestinya para pembaca menginginkan
maklumat dari sumber yang sahih bagi membolehkan setiap informasi tersebut
digunakan untuk rujukan di kemudian hari
4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENERBITAN
KONVENSIONAL
Penerbitan konvensional sudah lama
diamalkan sejak awal-awal penerbitan lagi. Ianya turut dianggap sebagai pelopor
kepada wujudnya penerbitan elektronik yang semakin berkembang pada hari ini.
Penerbitan konvensional juga mempunyai kebaikan tersendiri sehingga ianya terus
digunakan sehingga hari ini. Antara kebaikan melalui penerbitan elektronik
termasuklah,
4.2
Memperolehi maklum balas segera daripada para pembaca
Penerbitan
konvensional membolehkan setiap bahan-bahan yang dikeluarkan tersebut mudah
untuk diperolehi oleh orang ramai serta golongan pembaca. Kebiasaannya setiap
naskah seperti buku, majalah atau surat khabar yang diterbitkan melalui kaedah
penerbitan konvensional ini mudah untuk diperolehi di kedai-kedai buku. Orang
ramai boleh terus mendapatkannya dengan lebih mudah dengan mengunjungi terus kedai
buku berkenaan dan membayarnya di kaunter (Abdul Rahman, 2003). Tambahan lagi,
mereka juga boleh mendapat diskaun yang ditawarkan oleh kedai tersebut.
4.3 Bahan
penerbitan yang tidak terjual boleh diperolehi semula.
Melalui penerbitan konvensional,
penerbit serta penulis boleh memperolehi semula bahan penerbitan yang tidak
habis dijual untuk proses penyimpanan atau dijual semuala secara persendirian.
Pihak pengedaran melibatkan kedai-kedai buku akan memulangkan semula bahan
penerbitan yang tidak dapat dihabiskan penjualan tersebut mengikut tempoh yang
ditetapkan dan ianya akan dibawa terus kepada penerbit buku (Barnes, 2013).
Dalam keadaan ini, penulis dapat mengurangkan kerugian apabila setiap terbitan
tersebut yang diperolehi semula akan dijual semula secara persendirian yang
sememangnya dapat memberikan hasil pendapatan tambahan.
Penerbitan
konvensional juga turut mempunyai keburukan yang tersendiri terhadap bidang
penerbitan pada masa kini. Antara keburukan penerbitan konvensional
termasuklah,
4.4 Masalah penyuntingan
Kelemahan dalam penerbitan
konvensional ada apabila melalui proses dalam penyuntingan. Penyuntingan adalah
suatu proses pemeriksaan kembali suatu tulisan atau naskah sebelum penulisan
tersebut diterbitkan. Penyuntingan turut diertikan sebagai kegiatan menyiapkan
naskah, teks, atau karangan siap cetak atau siap terbit dengan memberikan
tumpuan terhadap isi kandungan, bahasa serta susuanan ayat yang digunakan
(Ezelaila Mustafa, 2010). Justeru, kelemahan yang terdapat dalam proses
penyuntingan melalui penerbitan konvensional adalah ianya lebih sukar dan
rumit. Hal ini demikian kerana, setiap perkataan atau ayat yang ditulis dalam
bahan penulis perlu diteliti dan jika berlakunya kesilapan setelah dicetak,
ianya perlu dicetak semula dan sudah tentunya memberi kos yang besar untuk
melakukannya. Sebaliknya, dalam penerbitan elektronik, bahan penulisan boleh
disunting pada bila-bila masa sebelum diterbitkan.
4.5 Penerbit berkepentingan sepenuhnya dalam
proses penerbitan
Antara kelemahan lain
melibatkan penerbitan konvensional ialah penerbit itu sendiri akan mengawal
keseluruhan proses penerbitan sesebuah naskah buku ataupun majalah. Penulis
hanya menulis tetapi apabila melalui proses penerbitan ianya akan diambil alih
oleh pihak penerbit. Sebagai contoh, proses penyuntingan dan mereka bentuk
bahagian dalaman naskah tersebut hanya ditentukan oleh pihak penerbit yang
bersesuaian dan tidak kepada penulis itu sendiri.
KESIMPULAN
Industri penerbitan elektronik dan
konvensional adalah suatu bidang meluas yang menyumbang kearah masyarakat
berpengetahuan. Hal ini demikian kerana, melalui bidang ini, orang ramai akan
memperolehi segala informasi atau maklumat untuk diterapkan serta diaplikasikan
dalam hidup mereka. Penerbitan elektronik dan penerbitan konvensional adalah
saling berkait rapat tetapi dibezakan dengan corak penggunaan mengikut
peredaran zaman. Penerbit pada dasarnya sebagai koordinator dalam industri
penerbitan untuk saling berkomunikasi dengan penulis, editor, pihak percetakan
dan lain-lain lagi. Penerbit bertanggungjawab untuk meluluskan setiap naskah
yang ingin dicetak dan dijual. Industri
penerbitan hendaknya tidak dipandang dari segi keuntungan saja, namun harus
dilihat pula dari segi tanggungjawab moral bagi mencerdaskan dan menyampaikan
nilai-nilai yang baik kepada masyarakat. Melalui buku-buku yang berkualiti yang
dihasilkan penerbit akan membawa sesebuah bangsa ini kepada kemajuan.
RUJUKAN
Abdul
Rahman. (2003, Mac 10). Penerbitan buku
konvesional. Diakses pada 12 April
2017 daripada
Ahmad
Fadhli. (2003, Jun 12). Penerbitan dan
kepentingannya dalam era siber kini. Diakses pada 21 Mei 2017 daripada
Autrhor,
I. (2015, September 4). Have We Had Help?.
Diakses pada 20 Mei 2017
daripada
Aziz
Deraman. (ed.). (2007). Kamus Dewan
(edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barnes,
B. (2013, Januari 4). Advantages and
disadvantages of traditional publishing. Diakses pada 20 Mei 2017 daripada
Charles
W. Bailey (2010). Scholarly electronic
publishing. San Francisco: Housten Publication.
Ezelaila
Mustafa. (2010). Daripada Penerbitan Bercetak kepada Penerbitan Elektronik.
Universiti Sains Malaysia: USM Press
Floyd,
T. L. (2012). Electronic Device. New
Jersey: Pearson.
Latamore,
B. (2011, December 23). The advantage of
electronic publishing over paper printing. Diakses pada 13 Mei 2017
daripada
Muhammad
Syahid. (2014). Pengantar ilmu penerbitan.
Politeknik Negeri Media Kreatif: Media Kreatif Press.
Sidin
Ahmad Ishak. (2009). Penerbitan jurnal elektronik: Pengamatan terhadap kegiatan
dan potensinya dalam komunikasi ilmiah. Jurnal
Komunikasi, 13(2), 115-126.
Universiti Putra
Malaysia. (2015). Penerbitan Elektronik.
Diakses pada 18 April 2017 daripada
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PENERBITAN%20ELEKTRONIK1.ppt
No comments:
Post a Comment