Wednesday, 3 June 2015

Jurnal Sastera


http://sayembarawatan.blogspot.com/



Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah “Perkara” (Matter) Dalam Perisian Cerita Unggas 1: Dari Perspektif Model Persepsi Estetika” oleh Arbai’ e Sujud dan Madiawati Mamat @ Mustaffa yang diambil daripada Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011. Di dalam jurnal ini, pengkaji telah melakukan suatu kajian tentang kewujudan nilai estetika dalam cerita unggas menggunakan kaedah kajian teks.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah seperti berikut:
1.      Mengetahui soal aspek estetika dalam karya satera
2.      Mengkaji sejauh manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1.

Hasil Kajian
Aspek estetika dalam karya sastera
Dalam sastera, estetika merupakan sesuatu yang pasti wujud kerana sastera itu bersifat indah. Keindahan tersebut mengcakupi pelbagai perkara antaranya, bahasa, pemikiran, dan teknik pengungkapan yang digunakan. Estetika merupakan bidang falsafah mengkaji tentang eindahan yang terdapat dalam alam semulajadi mahupun yang telah diterjemahkan dalam bentuk karya seni ataupun sastera. Alam semulajadi merupakan inspirasi utama pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya. Kajian dalam bidang estetika sastera banyak dilakukan terhadap karya-karya sastera dalam bentuk teks tetapi tidak terhadap karya dalam bentuk cakera padat. Zakaria Osman (1997), dalam kajian ijazah kedoktorannya di Universiti Malaya misalnya, mengkaji novel-novel A. Samad Said dan menghayatinya dari aspek estetika. Kajian tersebut bertujuan untuk mengemukakan satu cara penghayatan estetika yang boleh memberi kepuasan terhadap pembacaan karya-karya sastera.
Istilah kesusasteraan membawa maksud, iaitu sesebuah hasil karya yang berseni serta memberi makna kepada khalayak. Definisi kesusasteraan selalunya dihubungkan dengan asal-usul perkataan kesusasteraan. Malahan. Perkataan “sastera” itu sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit yang disebut sebagai syastra yang membawa erti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan umumnya dimaksudkan persuratan. Jelaslah di sini bahawa, nilai estetika yang unik atau luar biasa itu sendiri yang lahir daripada bahasa luar tersebut sudah membawa kepada wujudnya kesempurnaan dalam tulisan serta hasil karya sastera.

Sejauh manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1

Perisian Cerita Unggas 1, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kumpulan cerita kanak-kanak dalam bentuk multimedia berkonsepkan watak komik dalam cakera padat. Terdapat tiga buah cerita yang dipersembahkan dalam perisian tersebut, iaitu Ayam Kampung dan Ayam Hutan, Cenderawasih dan Bangau Membalas Jasa. Ketiga-tiga buah cerita yang berkisarkan tentang ungags dipersembahkan dengan menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia. Dalam konteks ini, kesemua elemen tersebut perlu diambil kira supaya nilai yang diketengahkan dalam sesebuah karya dapat dihayati oleh para khlayak serta bertujuan melihat sejauh mana pengalaman penghayatan persepsi estetika dapat ditanggapi dalam karya sasatera yang menggunakan elemen multimedia.
            Multimedia dirujuk sebagai istilah yang menjadi trend dalam era teknologi maklumat ( IT- Information Technology). Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai. Menggunakan multimedia bermaksud, menggunakan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan computer (Rozinah Jamaludin, 2005:2). Dalam hubungan ini, perisian multimedia interaktif, merupakan satu asas data dalam bentuk computer yang membolehkan pengguna memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk termasuklah teks, grafik, video, dan juga audio (Reeves, 1992). Sementara itu, multimedia dijelaskan pada masa kini sebagai integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran serta menghidupkan suasana maklumat.

Kesimpulan
Secara konklusinya, nilai estetika serta pengguaan elemen multimedia dalam sastera sangat penting pada masa kini bagi memberi sesuatu pembaharuan terhadap bidang animasi negara. Hal ini sangat bertepatan dengan apa yang dipaparkan melalui cerita ungags yang memberi suatu keunikan kepada kanak-kanak untuk mempelajari Sesutu melalui kesan visual yang menarik dan tidak hanya setakat melalui pembacaan karya-karya teks.

            Tambahan lagi, cerita-cerita ini dipersembahkan dengan elemen multimedia, maka kesan penghayatan adalah lebih baik kerana pelbagai medium digunakan bagi meransang pemikiran khalayak. Bunyi grafik, warna serta muzik merupakan rangsangan-rangsangan penting bagi menarik minat khalayak. Elemen-elemen multimedia yang digunakan itu perlu juga disesuaikan dengan tema da nisi cerita. Keseimbangan penggunaan elemen tersebut sangat penting untuk menyerlahkan aspek estetika dalam sesebuah karya. 
Jurnal Bahasa

http://sayembarawatan.blogspot.com/



Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar oleh Abdul Rasid Jemian diambil daripada jurna Pendidikan Bahasa Melayu. Dalam jurnal ini, pengkaji telah menjalankan suatu kajian untuk mengenalpasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar Bandar menggunakan kaedah tinjauan deskriptif terhadap responden.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
        i.            Mengenalpasti masalah dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar Bandar.
      ii.            Mengenalpasti sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.

Hasil Kajian

Permasalahan dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah di luar Bandar
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar. Berdasarkan pemantauan terhadap permasalahan pembacaan telah mendapati, hasil kajian ini menunjukkan bahawa keseluruhan min masalah membaca dalam kalangan murid , iaitu min= 3.50, sp= 0.86. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah


Bilangan
                   Pernyataan
     Min
Sisihan Piawaian
1.
Tidak memahami isi kandungan teks
3.40
0.71
2.
Tidak memahami maksud ayat yang dibaca
3.24
0.60
3.
Tidak boleh membaca pantas
2.90
0.91
4.
Cepat jemu dan penat
2.90
0.91

                                          Rajah 1: Permasalahan kemahiran membaca


Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan responden memahami isi kandungan teks yang dibaca paling tinggi iaitu dengan min= 3.40, sp= 0.71. Ini merupakan antara permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami kandungan maklumat yang dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca dengan baik iaitu min= 3.24, sp= 0.60. Kegagalan memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan min= 2.90, sp= 0.91 dan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama dengan min= 2.90, sp= 0.91.
Seterusnya beralih kepada permasalahan kemahiran menulis dalam kalangan murid di luar bandar. Hal ini dapat dilihat seperti rajah di bawah:



                                       Rajah 2: Permasalahan Kemahiran Menulis
Bil
                        Pernyataan
Min
Sisihan Piawaian
1.
Tidak dapat membezakan huruf besar dan dengan huruf kecil
3.62
0.62
2.
Tidak dapat mengecam abjab
3.57
0.90
3.
Tidak faham maklumat yang ditulis
3.56
0.75
4.
Tidak pasti tanda baca
3.42
0.80
5.
Tidak dapat menulis dengan baik
3.40
0.83
6.
Tidak tahu menulis karangan yang bermakna
3.21
0.85
7.
Berasa penat lelah dan letih semasa menulis
2.67
0.96
8.
Mengeja untuk menulis
2.52
0.80


Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian mendapati bahawa masalah utama murid dalam kemahiran menulis ialah tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan, iaitu min= 3.62, sp= 0.62. Responden bersetuju bahawa permasalahan membezakan huruf kecil dan besar, berpunca daripada masalah mengecam abjab dengan keputusan masalah kedua tertinggi dengan min= 3.57, sp= 0.90. Hal ini seterusnya disokong dengan tidak memahami maklumat yang ditulis, iaitu min= 3.56, 0.75. Seterusnya responden juga bersetuju terdapat masalah untuk mengenalpasti tanda baca dengan betul semasa menghasilkan penulisan iaitu min= 3.42, sp= 0.80. Manakala kegagalan responden menguasai kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik iaitu min= 3.40, sp= 0.83. Hal ini sudah pasti menjejaskan penghasilan penulisan karangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas dalam menulis. Kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna iaitu min= 3.21, sp= 0.85. Permasalahan kelemahan menguasai kemahiran membaca dengan baik menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak dizahirkan semasa menulis iaitu min= 2.52, sp= 0.80. Seterusnya menyebabkan murid berasa cepat letih semasa melakukan latihan menulis dengan min= 2.67, sp= 0.96.

Persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis

Jadual 3: Persepsi murid terhadap pengajaran guru
Bil
Pernyataan
Min
Sisihan Piawaian
1.
Pelbagai aktiviti menulis diadakan

3.50
0.68
2.
Guru menyediakan latihan

3.50
0.82
3.
Guru menyebut perkataan

3.41
0.89
4.
Guru menggunakan bahan bantu mengajar

3.24
0.90

Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian mendapati persepsi murid terhadap guru dapat dilihat apabila responden sendiri telah berpendapat bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas dan iaitu min= 3.50, sp= 0.68 dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan latihan dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid iaitu dengan min= 3.50, sp= 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan dengan kadar min= 3.41, sp= 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid agar terus belajar min= 3.24, sp= 0.90.

Rumusan

Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam penguasaanisi kandungan mata pelajaran ini. Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar di dalam bilik darjah. Situasi seperti ini perlu diberi perhatian, iaitu komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
JURNAL KOMUNIKASI


http://sayembarawatan.blogspot.com/


Pengenalan
Tajuk jurnal ini adalah Penjenamaan RTM: Kajian Radio RTM Sabah oleh Mahat Jamal yang diambil daripada Jurnal Komunikasi Borneo 2014 Vol. 1. Dalam jurnal ini, penyelidik telah membuat kajian tentang penjenamaan semula RTM secara besar-besaran pada 1 April 2005 dan kesannya terhadap pendengar radio di Sabah umumnya dan siaran Radio RTM Sabah khususnya ( Sabah fm, Sabah V fm, Sandakan fm, dan Tawau fm) setelah 5 bulan dilaksanakan menggunakan kaedah primer iaitu soal selidik melibatkan 500 orang responden dan kaedah sekunder iaitu analisis kandungan serta kajian perpustakaan.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sambutan masyarakat terhadap radio di Sabah, khususnya radio RTM Sabah selepas penjenamaan semula dilancarkan pada 1 April 2005 dengan perincian terhadap:
1.      Faktor-faktor yang mendorong responden mendengar radio,
2.       Jenis rancangan yang biasa didengar dan paling diminati,
3.      Penerimaan siaran radio RTM Sabah,

4.      Kesedaran responden terhadap penjenamaan semula RTM

Dapatan Kajian
 Faktor yang mendorong responden mendengar radio
            Faktor utama mendorong responden mendengar radio di Sabah ialah untuk mendapatkan hiburan sebanyak 289 responden (57.8%); diikuti untuk mendengar berita dan isu tempatan, 222 responden (44.4%); menghilangkan rasa bosan 143 responden (28.6%); memenuhi masa lapang 103 responden (20.6%).
Jenis rancangan yang biasa didengar dan paling diminati
Antara sebab utama responden paling suka mendengar radio ialah disebabkan lagu menarik 254 responden (50.8%); lagu baru dan terkini 143 responden (28.6%); berita tempatan 135 responden (27.0%); mempunyai pelbagai rancangan lagu 81 responden (16.2%); rancangan menarik (16.2%); mudah faham bahasanya 60 responden ( 12%) dan peranan DJ, 55 responden (11%).

Penerimaan siaran radio RTM di Sabah
            Penerimaan siaran radio RTM yang sangat jelas dan mempunyai peratus lebih tinggi di negeri Sabah ialah Tawau fm (96.3%). Kemudian diikuti oleh Sandakan fm (90.3%),Traxx fm (86.75%), Muzik fm (74.6%) dan Sabah fm (66%).

Kesedaran terhadap penjenamaan semula RTM
            Hasil kajian ke atas 500 responden mendapati 436 responden (87.2%) telah menjadi pendengar radio di Sabah lima bulan selepas penjenamaan semula. Seramai 191 responden (43.8%) sedar tentang adanya penjenamaan semula RTM sementara 245 responden (56.2%) tidak sedar adanya penjenamaan semula RTM. Seramai 168 responden (88%) sedar terhadap perubahan nama radio atau saluran, 75 responden (39.3%) sedar perubahan terhadap nama rancangan dan 81 responden (42.4%) sedar tentang pertukaran lagu pengenalan.
            Radio RTM Sabah berada dalam enam teratas daripada 16 saluran yang dibuat kajian selepas penjenamaan semula. Daripada 500 responden, Sabah fm menduduki tempat kedua dengan 162 responden (32.5%) selepas Muzik fm dengan 196 responden (39.2%). Ini diikuti oleh Era fm sebanyak 138 responden (27.6%); Sabah V fm 108 responden (21.6%); Sandakan fm 82 responden (16.4%) dan Tawau fm dengan 81 responden (16.2%). Jumlah keseluruhan pendengar yang mengikuti radio RTM ialah sebanyak 85.6 %. Hal ini terjadi hasil daripada perubahan dari segi nama saluran Radio, nama rancangan dan lagu pengenalan yang digunakan dalam setiap segmen radio RTM Sabah yang menarik minat responden mengikutinya.

Kesimpulan
            Pada keseluruhannya kajian ini telah dapat mengetahui trend pendengar radio, faktor yang mendorong responden mendengar radio, jenis saluran yang biasa didengar dan diminati, penerimaan siaran Radio RTM di Sabah dan kesedaran responden terhadap penjenamaan semula RTM. Analisis ini antara lain dapat melihat kesan dan keberkesanan penjenamaan radio RTM di Sabah dalam usaha memberi imej dan reputasi baru radio RTM dalam usaha menjadi badan radio dan televisyen, yang mempunyai kuasa yang besar dan mendalam terhadap khalayaknya ( Zulkiple Abd. Ghani; McQuail 1987). Ternyata walaupun setelah proses penjenamaan dilaksanakan, radio RTM Sabah pada umumnya masih belum dapat memenangi hati dan minda pendengar sepenuhnya kerana, masih ramai pendengar mengikuti siaran radio yang dipancarkan dari Kuala Lumpur seperti Muzik fm (39.2%) mengatasi Sabah fm (32.4%) dan Era fm (27.6%) mengatasi Sabah V fm (21.6%), Sandakan fm (16.4%) dan Tawau fm (16.2%) daripada seramai 500 responden yang dikaji.