Monday, 22 June 2015
Wednesday, 3 June 2015
Jurnal Sastera
http://sayembarawatan.blogspot.com/
http://sayembarawatan.blogspot.com/
Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah “Perkara”
(Matter) Dalam Perisian Cerita Unggas 1: Dari Perspektif Model Persepsi
Estetika” oleh Arbai’ e Sujud dan Madiawati Mamat @ Mustaffa yang diambil
daripada Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011. Di dalam jurnal ini, pengkaji
telah melakukan suatu kajian tentang kewujudan nilai estetika dalam cerita
unggas menggunakan kaedah kajian teks.
Objektif
Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah
seperti berikut:
1.
Mengetahui soal aspek estetika dalam
karya satera
2.
Mengkaji sejauh manakah medium
multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1.
Hasil
Kajian
Aspek
estetika dalam karya sastera
Dalam sastera, estetika merupakan
sesuatu yang pasti wujud kerana sastera itu bersifat indah. Keindahan tersebut
mengcakupi pelbagai perkara antaranya, bahasa, pemikiran, dan teknik
pengungkapan yang digunakan. Estetika merupakan bidang falsafah mengkaji
tentang eindahan yang terdapat dalam alam semulajadi mahupun yang telah
diterjemahkan dalam bentuk karya seni ataupun sastera. Alam semulajadi
merupakan inspirasi utama pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya. Kajian
dalam bidang estetika sastera banyak dilakukan terhadap karya-karya sastera
dalam bentuk teks tetapi tidak terhadap karya dalam bentuk cakera padat.
Zakaria Osman (1997), dalam kajian ijazah kedoktorannya di Universiti Malaya
misalnya, mengkaji novel-novel A. Samad Said dan menghayatinya dari aspek
estetika. Kajian tersebut bertujuan untuk mengemukakan satu cara penghayatan
estetika yang boleh memberi kepuasan terhadap pembacaan karya-karya sastera.
Istilah kesusasteraan membawa maksud,
iaitu sesebuah hasil karya yang berseni serta memberi makna kepada khalayak.
Definisi kesusasteraan selalunya dihubungkan dengan asal-usul perkataan
kesusasteraan. Malahan. Perkataan “sastera” itu sendiri berasal daripada bahasa
Sanskrit yang disebut sebagai syastra yang
membawa erti kitab suci. Susastera memberi
erti seni sastera atau seni bahasa, dan umumnya dimaksudkan persuratan.
Jelaslah di sini bahawa, nilai estetika yang unik atau luar biasa itu sendiri
yang lahir daripada bahasa luar tersebut sudah membawa kepada wujudnya
kesempurnaan dalam tulisan serta hasil karya sastera.
Sejauh
manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1
Perisian Cerita Unggas 1, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
adalah kumpulan cerita kanak-kanak dalam bentuk multimedia berkonsepkan watak
komik dalam cakera padat. Terdapat tiga buah cerita yang dipersembahkan dalam
perisian tersebut, iaitu Ayam Kampung dan
Ayam Hutan, Cenderawasih dan Bangau Membalas Jasa. Ketiga-tiga buah
cerita yang berkisarkan tentang ungags dipersembahkan dengan menggunakan
gabungan elemen-elemen multimedia. Dalam konteks ini, kesemua elemen tersebut
perlu diambil kira supaya nilai yang diketengahkan dalam sesebuah karya dapat
dihayati oleh para khlayak serta bertujuan melihat sejauh mana pengalaman
penghayatan persepsi estetika dapat ditanggapi dalam karya sasatera yang
menggunakan elemen multimedia.
Multimedia
dirujuk sebagai istilah yang menjadi trend
dalam era teknologi maklumat ( IT- Information Technology). Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai.
Menggunakan multimedia bermaksud, menggunakan pelbagai media sama ada visual
atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan computer
(Rozinah Jamaludin, 2005:2). Dalam hubungan ini, perisian multimedia
interaktif, merupakan satu asas data dalam bentuk computer yang membolehkan
pengguna memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk termasuklah teks, grafik,
video, dan juga audio (Reeves, 1992). Sementara itu, multimedia dijelaskan pada
masa kini sebagai integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video
dengan menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan
proses pembelajaran serta menghidupkan suasana maklumat.
Kesimpulan
Secara konklusinya, nilai estetika serta
pengguaan elemen multimedia dalam sastera sangat penting pada masa kini bagi
memberi sesuatu pembaharuan terhadap bidang animasi negara. Hal ini sangat
bertepatan dengan apa yang dipaparkan melalui cerita ungags yang memberi suatu
keunikan kepada kanak-kanak untuk mempelajari Sesutu melalui kesan visual yang
menarik dan tidak hanya setakat melalui pembacaan karya-karya teks.
Tambahan
lagi, cerita-cerita ini dipersembahkan dengan elemen multimedia, maka kesan
penghayatan adalah lebih baik kerana pelbagai medium digunakan bagi meransang
pemikiran khalayak. Bunyi grafik, warna serta muzik merupakan
rangsangan-rangsangan penting bagi menarik minat khalayak. Elemen-elemen
multimedia yang digunakan itu perlu juga disesuaikan dengan tema da nisi
cerita. Keseimbangan penggunaan elemen tersebut sangat penting untuk
menyerlahkan aspek estetika dalam sesebuah karya.
Jurnal Bahasa
http://sayembarawatan.blogspot.com/
http://sayembarawatan.blogspot.com/
Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah Permasalahan
Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar
Bandar oleh Abdul Rasid Jemian diambil daripada jurna Pendidikan Bahasa Melayu.
Dalam jurnal ini, pengkaji telah menjalankan suatu kajian untuk mengenalpasti
permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah di luar Bandar menggunakan kaedah tinjauan
deskriptif terhadap responden.
Objektif
Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah
seperti berikut:
i.
Mengenalpasti masalah dalam kemahiran
membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar Bandar.
ii.
Mengenalpasti sejauh mana persepsi murid
terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.
Hasil
Kajian
Permasalahan dalam kemahiran
membaca dan menulis murid-murid sekolah di luar Bandar
Hasil dapatan kajian yang telah
dijalankan menunjukkan bahawa terdapat permasalahan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar.
Berdasarkan pemantauan terhadap permasalahan pembacaan telah mendapati, hasil
kajian ini menunjukkan bahawa keseluruhan min masalah membaca dalam kalangan
murid , iaitu min= 3.50, sp= 0.86. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual di
bawah
|
Bilangan
|
Pernyataan
|
Min
|
Sisihan Piawaian
|
|
1.
|
Tidak memahami isi kandungan teks
|
3.40
|
0.71
|
|
2.
|
Tidak memahami maksud ayat yang
dibaca
|
3.24
|
0.60
|
|
3.
|
Tidak boleh membaca pantas
|
2.90
|
0.91
|
|
4.
|
Cepat jemu dan penat
|
2.90
|
0.91
|
Rajah 1: Permasalahan kemahiran membaca
Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa kegagalan responden memahami isi kandungan teks yang dibaca
paling tinggi iaitu dengan min= 3.40, sp= 0.71. Ini merupakan antara
permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami kandungan maklumat yang
dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca
dengan baik iaitu min= 3.24, sp= 0.60. Kegagalan memahami kemahiran asas ini
menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea
utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Manakala ketidakupayaan
murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid tidak berkemahiran
membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan min= 2.90, sp= 0.91 dan
murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama dengan min=
2.90, sp= 0.91.
Seterusnya beralih
kepada permasalahan kemahiran menulis dalam kalangan murid di luar bandar. Hal
ini dapat dilihat seperti rajah di bawah:
Rajah
2: Permasalahan Kemahiran Menulis
|
Bil
|
Pernyataan
|
Min
|
Sisihan Piawaian
|
|
1.
|
Tidak dapat membezakan huruf besar dan
dengan huruf kecil
|
3.62
|
0.62
|
|
2.
|
Tidak dapat mengecam abjab
|
3.57
|
0.90
|
|
3.
|
Tidak faham maklumat yang ditulis
|
3.56
|
0.75
|
|
4.
|
Tidak pasti tanda baca
|
3.42
|
0.80
|
|
5.
|
Tidak dapat menulis dengan baik
|
3.40
|
0.83
|
|
6.
|
Tidak tahu menulis karangan yang
bermakna
|
3.21
|
0.85
|
|
7.
|
Berasa penat lelah dan letih semasa
menulis
|
2.67
|
0.96
|
|
8.
|
Mengeja untuk menulis
|
2.52
|
0.80
|
Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian
mendapati bahawa masalah utama murid dalam kemahiran menulis ialah tidak dapat
membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan, iaitu min= 3.62, sp=
0.62. Responden bersetuju bahawa permasalahan membezakan huruf kecil dan besar,
berpunca daripada masalah mengecam abjab dengan keputusan masalah kedua
tertinggi dengan min= 3.57, sp= 0.90. Hal ini seterusnya disokong dengan tidak
memahami maklumat yang ditulis, iaitu min= 3.56, 0.75. Seterusnya responden juga
bersetuju terdapat masalah untuk mengenalpasti tanda baca dengan betul semasa
menghasilkan penulisan iaitu min= 3.42, sp= 0.80. Manakala kegagalan responden
menguasai kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis
sesuatu latihan penulisan dengan baik iaitu min= 3.40, sp= 0.83. Hal ini sudah
pasti menjejaskan penghasilan penulisan karangan murid yang tidak menguasai
kemahiran asas dalam menulis. Kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju
jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat
memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna iaitu min= 3.21,
sp= 0.85. Permasalahan kelemahan menguasai kemahiran membaca dengan baik
menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak dizahirkan semasa menulis
iaitu min= 2.52, sp= 0.80. Seterusnya menyebabkan murid berasa cepat letih
semasa melakukan latihan menulis dengan min= 2.67, sp= 0.96.
Persepsi
murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis
Jadual 3: Persepsi murid terhadap pengajaran
guru
|
Bil
|
Pernyataan
|
Min
|
Sisihan
Piawaian
|
|
1.
|
Pelbagai
aktiviti menulis diadakan
|
3.50
|
0.68
|
|
2.
|
Guru
menyediakan latihan
|
3.50
|
0.82
|
|
3.
|
Guru
menyebut perkataan
|
3.41
|
0.89
|
|
4.
|
Guru
menggunakan bahan bantu mengajar
|
3.24
|
0.90
|
Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian
mendapati persepsi murid terhadap guru dapat dilihat apabila responden sendiri
telah berpendapat bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif membina
pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas dan iaitu min= 3.50, sp= 0.68
dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan latihan dapat
memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid iaitu dengan min= 3.50,
sp= 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis
jika guru menyebut perkataan dengan kadar min= 3.41, sp= 0.89, manakala
penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid
dapat merangsang dan menanam minat murid agar terus belajar min= 3.24, sp=
0.90.
Rumusan
Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar
belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak
mempunyai kemahiran dalam penguasaanisi kandungan mata pelajaran ini. Guru yang
tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya
dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar di dalam bilik darjah.
Situasi seperti ini perlu diberi perhatian, iaitu komitmen yang tinggi perlu
seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
JURNAL KOMUNIKASI
http://sayembarawatan.blogspot.com/
Pengenalan
http://sayembarawatan.blogspot.com/
Pengenalan
Tajuk jurnal ini adalah
Penjenamaan RTM: Kajian Radio RTM Sabah oleh Mahat Jamal yang diambil daripada
Jurnal Komunikasi Borneo 2014 Vol. 1. Dalam jurnal ini, penyelidik telah
membuat kajian tentang penjenamaan semula RTM secara besar-besaran pada 1 April
2005 dan kesannya terhadap pendengar radio di Sabah umumnya dan siaran Radio
RTM Sabah khususnya ( Sabah fm, Sabah V fm, Sandakan fm, dan Tawau fm) setelah
5 bulan dilaksanakan menggunakan kaedah primer iaitu soal selidik melibatkan
500 orang responden dan kaedah sekunder iaitu analisis kandungan serta kajian
perpustakaan.
Objektif
Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk
mengetahui sambutan masyarakat terhadap radio di Sabah, khususnya radio RTM
Sabah selepas penjenamaan semula dilancarkan pada 1 April 2005 dengan perincian
terhadap:
1.
Faktor-faktor yang mendorong responden
mendengar radio,
2.
Jenis
rancangan yang biasa didengar dan paling diminati,
3.
Penerimaan siaran radio RTM Sabah,
4.
Kesedaran responden terhadap penjenamaan
semula RTM
Dapatan
Kajian
Faktor
yang mendorong responden mendengar radio
Faktor
utama mendorong responden mendengar radio di Sabah ialah untuk mendapatkan
hiburan sebanyak 289 responden (57.8%); diikuti untuk mendengar berita dan isu
tempatan, 222 responden (44.4%); menghilangkan rasa bosan 143 responden
(28.6%); memenuhi masa lapang 103 responden (20.6%).
Jenis
rancangan yang biasa didengar dan paling diminati
Antara sebab utama
responden paling suka mendengar radio ialah disebabkan lagu menarik 254
responden (50.8%); lagu baru dan terkini 143 responden (28.6%); berita tempatan
135 responden (27.0%); mempunyai pelbagai rancangan lagu 81 responden (16.2%);
rancangan menarik (16.2%); mudah faham bahasanya 60 responden ( 12%) dan
peranan DJ, 55 responden (11%).
Penerimaan
siaran radio RTM di Sabah
Penerimaan
siaran radio RTM yang sangat jelas dan mempunyai peratus lebih tinggi di negeri
Sabah ialah Tawau fm (96.3%). Kemudian diikuti oleh Sandakan fm (90.3%),Traxx
fm (86.75%), Muzik fm (74.6%) dan Sabah fm (66%).
Kesedaran
terhadap penjenamaan semula RTM
Hasil
kajian ke atas 500 responden mendapati 436 responden (87.2%) telah menjadi
pendengar radio di Sabah lima bulan selepas penjenamaan semula. Seramai 191
responden (43.8%) sedar tentang adanya penjenamaan semula RTM sementara 245
responden (56.2%) tidak sedar adanya penjenamaan semula RTM. Seramai 168
responden (88%) sedar terhadap perubahan nama radio atau saluran, 75 responden
(39.3%) sedar perubahan terhadap nama rancangan dan 81 responden (42.4%) sedar
tentang pertukaran lagu pengenalan.
Radio
RTM Sabah berada dalam enam teratas daripada 16 saluran yang dibuat kajian
selepas penjenamaan semula. Daripada 500 responden, Sabah fm menduduki tempat
kedua dengan 162 responden (32.5%) selepas Muzik fm dengan 196 responden
(39.2%). Ini diikuti oleh Era fm sebanyak 138 responden (27.6%); Sabah V fm 108
responden (21.6%); Sandakan fm 82 responden (16.4%) dan Tawau fm dengan 81
responden (16.2%). Jumlah keseluruhan pendengar yang mengikuti radio RTM ialah
sebanyak 85.6 %. Hal ini terjadi hasil daripada perubahan dari segi nama
saluran Radio, nama rancangan dan lagu pengenalan yang digunakan dalam setiap
segmen radio RTM Sabah yang menarik minat responden mengikutinya.
Kesimpulan
Pada
keseluruhannya kajian ini telah dapat mengetahui trend pendengar radio, faktor
yang mendorong responden mendengar radio, jenis saluran yang biasa didengar dan
diminati, penerimaan siaran Radio RTM di Sabah dan kesedaran responden terhadap
penjenamaan semula RTM. Analisis ini antara lain dapat melihat kesan dan
keberkesanan penjenamaan radio RTM di Sabah dalam usaha memberi imej dan
reputasi baru radio RTM dalam usaha menjadi badan radio dan televisyen, yang
mempunyai kuasa yang besar dan mendalam terhadap khalayaknya ( Zulkiple Abd.
Ghani; McQuail 1987). Ternyata walaupun setelah proses penjenamaan
dilaksanakan, radio RTM Sabah pada umumnya masih belum dapat memenangi hati dan
minda pendengar sepenuhnya kerana, masih ramai pendengar mengikuti siaran radio
yang dipancarkan dari Kuala Lumpur seperti Muzik fm (39.2%) mengatasi Sabah fm
(32.4%) dan Era fm (27.6%) mengatasi Sabah V fm (21.6%), Sandakan fm (16.4%)
dan Tawau fm (16.2%) daripada seramai 500 responden yang dikaji.
Thursday, 26 March 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)