Saturday, 6 January 2018

1.0 PENDAHULUAN
Penerbitan adalah suatu cara untuk memperbanyakan naskah seseorang pengarang atau penulis dalam bentuk buku mahupun elektronik. Ianya kemudian disebarkan kepada para pembaca yang memerlukan bahan atau naskah tersebut. Jika dilihat dari sudut komunikasi, penerbitan menjadi perantara antara sumber maklumat daripada pengarang kepada penerima maklumat iaitu merupakan golongan pembaca. Menurut Muhammad Syahid (2014), penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pemberian maklumat untuk disampaikan kepada umum. Perlu diingatkan bahawa penerbitan hanyalah merujuk kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain (Ahmad Fadhli, 2003). Penerbitan adalah kegiatan intelektual dan profesional dalam menyiapkan naskah, menyunting naskah, menghasilkan berbagai jenis bahan penerbitan dan kemudian menyebarkannya untuk kepentingan umum. Penerbitan merupakan proses yang panjang serta melibatkan banyak masa dan orang untuk mengolah naskah yang awalnya berbentuk dummy (Muhammad Syahid, 2014). Penerbitan pada hari ini cenderung kepada dua jenis iaitu melibatkan penerbitan elektronik dan penerbitan konvensional. Kedua-dua kaedah penerbitan ini seringkali digunakan untuk penyebaran maklumat dan informasi kepada orang ramai atau golongan pembaca.






2.0  PERBEZAAN PENERBITAN ELEKTRONIK DAN KONVENSIONAL

2.1  Definisi Penerbitan Elektronik
            Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutama dengan gabungan teknologi digital dan komputer sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh penerbit dengan menghasilkan penerbitan elektronik atau penerbitan dalam talian (Latamore,2011). Ini ditambah pula dengan trend penggunaan ICT yang semakin meningkat yang memperlihatkan semakin ramai menggunakan internet untuk mencari maklumat dan membacanya hanya menerusi internet. Penerbitan elektronik ialah suatu bentuk yang memperlihatkan bahan terbitan dikeluarkan dan disimpan secara elektronik bukan dalam bentuk cetakan. Malah ia merujuk pada proses yang menggunakan bantuan komputer untuk mencari, membentuk, menyimpan, dan mengemas kini kandungan maklumat kepada khalayak. Kualiti yang terhasil sama seperti penerbitan biasa. Penerbitan elektronik boleh merujuk kepada buku elektronik, penerbitan mel elektronik, penerbitan multimedia, dan kandungan digital (Floyd, 2012). Penerbitan bentuk ini memberi peluang kepada penerbit kecil untuk mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran yang dimonopoli oleh penerbit-penerbit besar dalam industri budaya ini. Dengan mengurangkan kos dan peranan orang tengah, ianya dapat membuka pasaran baharu kepada penerbit. Penerbitan elektronik terdiri daripada teknologi dan model perniagaan yang melibatkan penghasilan, penyelenggaraan, pengarkiban dan pengedaran dokumen melibatkan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain dalam bentuk elektronik dan atau melalui komputer (Sidin Ahmad, 2009).



            2.2 Jenis penerbitan elektronik
            Penerbitan elektronik (juga dirujuk sebagai e-penerbitan atau penyiaran digital atau penerbitan dalam talian) termasuk penerbitan digital e-buku, majalah digital, dan pembangunan perpustakaan digital dan katalog. penerbitan elektronik telah menjadi biasa dalam penerbitan saintifik di mana ia telah berhujah bahawa rakan-semula jurnal saintifik adalah dalam proses untuk digantikan dengan penerbitan elektronik (Sidin Ahmad, 2009). Ia juga menjadi biasa untuk mengedarkan buku, majalah dan surat khabar kepada pengguna melalui peranti tablet membaca, pasaran yang berkembang dengan berjuta-juta setiap tahun, yang dihasilkan oleh vendor dalam talian seperti kedai buku Apple iTunes, kedai buku Amazon untuk Kindle, dan buku-buku di Google bermain Bookstore. Antara jenis penerbitan elektronik antaranya termasuklah penggunaan CD-ROM, E-Book, jurnal elektronik, blog, akhbar serta majalah atas talian dan sebagainya yang melibatkan penggunaan internet (Sidin Ahmad, 2009).

2.3  Definisi penerbitan konvensional
            Penerbitan konvensional adalah satu daripada bidang penerbitan yang kecil pada awalnya, namun ia dianggap mampu berkembang dari semasa ke semasa. Penerbitan konvensional melibatkan lembaran-lembaran kertas bercetak yang digabungkan menjadi kesatuan bentuk melalui jilidan, mempunyai kulit luar yang biasanya lebih tebal daripada kertas dalam teks, dan diedarkan kepada masyarakat. Buku ataupun majalah adalah dianggap sebagai penerbitan konvensional dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai sebelum dan sehinggalah ke hari ini. Sebelum hadirnya peralatan canggih dalam bidang komunikasi, seluruh manusia menggunakan bahan-bahan bercetak dalam mendapatkan atau menyebarkan maklumat diantara satu sama lain.
           
2.3  Jenis penerbitan konvensional
            Penerbitan konvensional lebih terarah dalam bentuk percetakan dimana ianya merupakan antara kaedah awal yang digunakan dalam bidang penerbitan. Penggunaan kaedah penerbitan konvensional selalunya melibatkan percetakan buku, majalah, akhbar dan juga banner. Sebagai contoh, dalam bidang kesusasteraan, penerbitan dalam bentuk buku acapkali dikeluarkan bagi membolehkan para pembaca menghayati dan memahami setiap isi penyampaian yang ingin diluahkan oleh para penulis (Author, 2015). Manakala bagi jenis penerbitan akhbar pula, para pembaca mempunyai pilihan yang pelbagai untuk mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat dalam akhbar tersebut kerana setiap berita yang dipaparkan merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Tambahan pula, kos bagi pembelian senaskah akhbar adalah lebih rendah (Author, 2015). Penghasilan majalah dalam bentuk penerbitan konvensional pula telah lama dilakukan dan melibatkan pelbagai jenis isu dan genre.

3.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENERBITAN ELEKTRONIK
Penerbitan elektronik sememangnya mempunyai kebaikan yang membolehkan ianya digunakan secara meluas pada hari ini. Antara kebaikan melalui penerbitan elektronik termasuklah,


            3.1 Memperolehi maklum balas segera daripada para pembaca
            Penerbitan elektronik lebih cenderung kearah penggunaan internet bagi membolehkan setiap bahan-bahan yang diterbitkan diterima oleh para pembaca. Dalam proses ini, pembaca akan lebih mudah mendapatkan segala informasi serta maklumat yang di sampaikan. Lebih menarik lagi, pembaca juga berpeluang untuk berinteraksi dengan penulis terbabit dengan memberi komen serta cadangan secara langsung (Latamore, 2011). Dengan cara ini, penulis boleh mengetahui setiap perkara yang diinginkan oleh pembaca dan berusaha untuk menambahbaik setiap bahan-bahan bacaan yang diterbitkan secara elektronik.

            3.2 Dapat diperolehi dengan lebih segera
            Penerbitan elektronik memudahkan para pembaca untuk memperolehi bahan-bahan bacaan serta maklumat tanpa perlu bergerak ke kedai buku atau pejabat-pejabat korporat. Hal ini demikian kerana, para pembaca boleh mengakses segala bahan bacaan tersebut hanya melalui alatan elektronik dengan syarat adanya capaian internet walaupun ketika berada di rumah. Sebagai contoh, mendapatkan maklumat dengan hanya menggunakan telefon pintar bagi mencari bahan-bahan ilmiah melalui “google scholar” (Charles Bailey, 2010).

            Walaupun penerbitan elektronik mempunyai kebaikan tersendiri, namun ianya turut mempunyai keburukan yang tidak boleh disangkal. Antara keburukan yang terdapat dalam penerbit elektronik termasuklah,



            3.3 Segala bahan yang diterbitkan mudah diplagiat
            Penerbitan elektronik sudah semestinya tidak terlepas daripada segala kandungannya diplagiat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, plagiarism ialah melibatkan perbuatan menceduk kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karyannya sendiri. Segelintir individu cenderung mengambil bahan-bahan daripada internet untuk kepentingan diri tetapi tidak menitikberatkan untuk meletakaan nama penulis tersebut dalam rujukan. Hal ini jelas memberikan kesan negatif terhadap pengkarya yang berpenat lelah menghasilkan penulisan mereka tetapi sewenangnya diciplak oleh orang lain. Kegiatan plagiarism melaui penerbitan elektronik seringkali berlaku disebabkan bahan-bahan di internet mudah didapati iaitu hanya melaui sambungan internet.    

            3.4 Kesahihan sumber maklumat tidak dapat dipastikan
            Maklumat atau informasi yang tersedia melalui penerbitan elektronik juga tidak dapat diketahui kebenarannya. Hal ini kerana, sesiapa sahaja mampu mengemukakan pendapat dan menghasilkan penulisan di internet, tetapi tanpa melalui proses penapisan dan pengeditan daripada pihak yang berpengalaman ianya menimbulkan kesan yang ragu-ragu untuk diterima oleh para pembaca. Sesetengah pihak cenderung memanipulasikan keadaan dan fakta untuk menyebar fitnah kepada pihat-pihak tertentu (Latamore, 2011). Dengan ini fitnah dan berita palsu akan tersebar ke seluruh dunia dengan cepat berbanding menggunakan media cetak. Sudah semestinya para pembaca menginginkan maklumat dari sumber yang sahih bagi membolehkan setiap informasi tersebut digunakan untuk rujukan di kemudian hari
           

4.0  KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENERBITAN KONVENSIONAL
            Penerbitan konvensional sudah lama diamalkan sejak awal-awal penerbitan lagi. Ianya turut dianggap sebagai pelopor kepada wujudnya penerbitan elektronik yang semakin berkembang pada hari ini. Penerbitan konvensional juga mempunyai kebaikan tersendiri sehingga ianya terus digunakan sehingga hari ini. Antara kebaikan melalui penerbitan elektronik termasuklah,

4.2 Memperolehi maklum balas segera daripada para pembaca
            Penerbitan konvensional membolehkan setiap bahan-bahan yang dikeluarkan tersebut mudah untuk diperolehi oleh orang ramai serta golongan pembaca. Kebiasaannya setiap naskah seperti buku, majalah atau surat khabar yang diterbitkan melalui kaedah penerbitan konvensional ini mudah untuk diperolehi di kedai-kedai buku. Orang ramai boleh terus mendapatkannya dengan lebih mudah dengan mengunjungi terus kedai buku berkenaan dan membayarnya di kaunter (Abdul Rahman, 2003). Tambahan lagi, mereka juga boleh mendapat diskaun yang ditawarkan oleh kedai tersebut.

4.3  Bahan penerbitan yang tidak terjual boleh diperolehi semula.
            Melalui penerbitan konvensional, penerbit serta penulis boleh memperolehi semula bahan penerbitan yang tidak habis dijual untuk proses penyimpanan atau dijual semuala secara persendirian. Pihak pengedaran melibatkan kedai-kedai buku akan memulangkan semula bahan penerbitan yang tidak dapat dihabiskan penjualan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan dan ianya akan dibawa terus kepada penerbit buku (Barnes, 2013). Dalam keadaan ini, penulis dapat mengurangkan kerugian apabila setiap terbitan tersebut yang diperolehi semula akan dijual semula secara persendirian yang sememangnya dapat memberikan hasil pendapatan tambahan.

Penerbitan konvensional juga turut mempunyai keburukan yang tersendiri terhadap bidang penerbitan pada masa kini. Antara keburukan penerbitan konvensional termasuklah,

            4.4  Masalah penyuntingan
            Kelemahan dalam penerbitan konvensional ada apabila melalui proses dalam penyuntingan. Penyuntingan adalah suatu proses pemeriksaan kembali suatu tulisan atau naskah sebelum penulisan tersebut diterbitkan. Penyuntingan turut diertikan sebagai kegiatan menyiapkan naskah, teks, atau karangan siap cetak atau siap terbit dengan memberikan tumpuan terhadap isi kandungan, bahasa serta susuanan ayat yang digunakan (Ezelaila Mustafa, 2010). Justeru, kelemahan yang terdapat dalam proses penyuntingan melalui penerbitan konvensional adalah ianya lebih sukar dan rumit. Hal ini demikian kerana, setiap perkataan atau ayat yang ditulis dalam bahan penulis perlu diteliti dan jika berlakunya kesilapan setelah dicetak, ianya perlu dicetak semula dan sudah tentunya memberi kos yang besar untuk melakukannya. Sebaliknya, dalam penerbitan elektronik, bahan penulisan boleh disunting pada bila-bila masa sebelum diterbitkan.

            4.5  Penerbit berkepentingan sepenuhnya dalam proses penerbitan
        Antara kelemahan lain melibatkan penerbitan konvensional ialah penerbit itu sendiri akan mengawal keseluruhan proses penerbitan sesebuah naskah buku ataupun majalah. Penulis hanya menulis tetapi apabila melalui proses penerbitan ianya akan diambil alih oleh pihak penerbit. Sebagai contoh, proses penyuntingan dan mereka bentuk bahagian dalaman naskah tersebut hanya ditentukan oleh pihak penerbit yang bersesuaian dan tidak kepada penulis itu sendiri.




















KESIMPULAN
            Industri penerbitan elektronik dan konvensional adalah suatu bidang meluas yang menyumbang kearah masyarakat berpengetahuan. Hal ini demikian kerana, melalui bidang ini, orang ramai akan memperolehi segala informasi atau maklumat untuk diterapkan serta diaplikasikan dalam hidup mereka. Penerbitan elektronik dan penerbitan konvensional adalah saling berkait rapat tetapi dibezakan dengan corak penggunaan mengikut peredaran zaman. Penerbit pada dasarnya sebagai koordinator dalam industri penerbitan untuk saling berkomunikasi dengan penulis, editor, pihak percetakan dan lain-lain lagi. Penerbit bertanggungjawab untuk meluluskan setiap naskah yang ingin dicetak dan dijual.  Industri penerbitan hendaknya tidak dipandang dari segi keuntungan saja, namun harus dilihat pula dari segi tanggungjawab moral bagi mencerdaskan dan menyampaikan nilai-nilai yang baik kepada masyarakat. Melalui buku-buku yang berkualiti yang dihasilkan penerbit akan membawa sesebuah bangsa ini kepada kemajuan.










RUJUKAN
Abdul Rahman. (2003, Mac 10). Penerbitan buku konvesional. Diakses pada  12 April 2017 daripada
Ahmad Fadhli. (2003, Jun 12). Penerbitan dan kepentingannya dalam era siber kini. Diakses pada 21 Mei 2017 daripada
Autrhor, I. (2015, September 4). Have We Had Help?. Diakses pada 20 Mei 2017
daripada
Aziz Deraman. (ed.). (2007). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barnes, B. (2013, Januari 4). Advantages and disadvantages of traditional publishing. Diakses pada 20 Mei 2017 daripada
Charles W. Bailey (2010). Scholarly electronic publishing. San Francisco: Housten Publication.
Ezelaila Mustafa. (2010). Daripada Penerbitan Bercetak kepada Penerbitan Elektronik. Universiti Sains Malaysia: USM Press
Floyd, T. L. (2012). Electronic Device. New Jersey: Pearson.
Latamore, B. (2011, December 23). The advantage of electronic publishing over paper printing. Diakses pada 13 Mei 2017 daripada
Muhammad Syahid. (2014). Pengantar ilmu penerbitan. Politeknik Negeri Media Kreatif: Media Kreatif Press.
Sidin Ahmad Ishak. (2009). Penerbitan jurnal elektronik: Pengamatan terhadap kegiatan dan potensinya dalam komunikasi ilmiah. Jurnal Komunikasi, 13(2), 115-126.
Universiti Putra Malaysia. (2015). Penerbitan Elektronik. Diakses pada 18 April 2017 
daripada
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PENERBITAN%20ELEKTRONIK1.ppt

Wednesday, 3 June 2015

Jurnal Sastera


http://sayembarawatan.blogspot.com/



Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah “Perkara” (Matter) Dalam Perisian Cerita Unggas 1: Dari Perspektif Model Persepsi Estetika” oleh Arbai’ e Sujud dan Madiawati Mamat @ Mustaffa yang diambil daripada Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011. Di dalam jurnal ini, pengkaji telah melakukan suatu kajian tentang kewujudan nilai estetika dalam cerita unggas menggunakan kaedah kajian teks.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah seperti berikut:
1.      Mengetahui soal aspek estetika dalam karya satera
2.      Mengkaji sejauh manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1.

Hasil Kajian
Aspek estetika dalam karya sastera
Dalam sastera, estetika merupakan sesuatu yang pasti wujud kerana sastera itu bersifat indah. Keindahan tersebut mengcakupi pelbagai perkara antaranya, bahasa, pemikiran, dan teknik pengungkapan yang digunakan. Estetika merupakan bidang falsafah mengkaji tentang eindahan yang terdapat dalam alam semulajadi mahupun yang telah diterjemahkan dalam bentuk karya seni ataupun sastera. Alam semulajadi merupakan inspirasi utama pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya. Kajian dalam bidang estetika sastera banyak dilakukan terhadap karya-karya sastera dalam bentuk teks tetapi tidak terhadap karya dalam bentuk cakera padat. Zakaria Osman (1997), dalam kajian ijazah kedoktorannya di Universiti Malaya misalnya, mengkaji novel-novel A. Samad Said dan menghayatinya dari aspek estetika. Kajian tersebut bertujuan untuk mengemukakan satu cara penghayatan estetika yang boleh memberi kepuasan terhadap pembacaan karya-karya sastera.
Istilah kesusasteraan membawa maksud, iaitu sesebuah hasil karya yang berseni serta memberi makna kepada khalayak. Definisi kesusasteraan selalunya dihubungkan dengan asal-usul perkataan kesusasteraan. Malahan. Perkataan “sastera” itu sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit yang disebut sebagai syastra yang membawa erti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan umumnya dimaksudkan persuratan. Jelaslah di sini bahawa, nilai estetika yang unik atau luar biasa itu sendiri yang lahir daripada bahasa luar tersebut sudah membawa kepada wujudnya kesempurnaan dalam tulisan serta hasil karya sastera.

Sejauh manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1

Perisian Cerita Unggas 1, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kumpulan cerita kanak-kanak dalam bentuk multimedia berkonsepkan watak komik dalam cakera padat. Terdapat tiga buah cerita yang dipersembahkan dalam perisian tersebut, iaitu Ayam Kampung dan Ayam Hutan, Cenderawasih dan Bangau Membalas Jasa. Ketiga-tiga buah cerita yang berkisarkan tentang ungags dipersembahkan dengan menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia. Dalam konteks ini, kesemua elemen tersebut perlu diambil kira supaya nilai yang diketengahkan dalam sesebuah karya dapat dihayati oleh para khlayak serta bertujuan melihat sejauh mana pengalaman penghayatan persepsi estetika dapat ditanggapi dalam karya sasatera yang menggunakan elemen multimedia.
            Multimedia dirujuk sebagai istilah yang menjadi trend dalam era teknologi maklumat ( IT- Information Technology). Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai. Menggunakan multimedia bermaksud, menggunakan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan computer (Rozinah Jamaludin, 2005:2). Dalam hubungan ini, perisian multimedia interaktif, merupakan satu asas data dalam bentuk computer yang membolehkan pengguna memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk termasuklah teks, grafik, video, dan juga audio (Reeves, 1992). Sementara itu, multimedia dijelaskan pada masa kini sebagai integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran serta menghidupkan suasana maklumat.

Kesimpulan
Secara konklusinya, nilai estetika serta pengguaan elemen multimedia dalam sastera sangat penting pada masa kini bagi memberi sesuatu pembaharuan terhadap bidang animasi negara. Hal ini sangat bertepatan dengan apa yang dipaparkan melalui cerita ungags yang memberi suatu keunikan kepada kanak-kanak untuk mempelajari Sesutu melalui kesan visual yang menarik dan tidak hanya setakat melalui pembacaan karya-karya teks.

            Tambahan lagi, cerita-cerita ini dipersembahkan dengan elemen multimedia, maka kesan penghayatan adalah lebih baik kerana pelbagai medium digunakan bagi meransang pemikiran khalayak. Bunyi grafik, warna serta muzik merupakan rangsangan-rangsangan penting bagi menarik minat khalayak. Elemen-elemen multimedia yang digunakan itu perlu juga disesuaikan dengan tema da nisi cerita. Keseimbangan penggunaan elemen tersebut sangat penting untuk menyerlahkan aspek estetika dalam sesebuah karya. 
Jurnal Bahasa

http://sayembarawatan.blogspot.com/



Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar oleh Abdul Rasid Jemian diambil daripada jurna Pendidikan Bahasa Melayu. Dalam jurnal ini, pengkaji telah menjalankan suatu kajian untuk mengenalpasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar Bandar menggunakan kaedah tinjauan deskriptif terhadap responden.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
        i.            Mengenalpasti masalah dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar Bandar.
      ii.            Mengenalpasti sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.

Hasil Kajian

Permasalahan dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah di luar Bandar
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar. Berdasarkan pemantauan terhadap permasalahan pembacaan telah mendapati, hasil kajian ini menunjukkan bahawa keseluruhan min masalah membaca dalam kalangan murid , iaitu min= 3.50, sp= 0.86. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah


Bilangan
                   Pernyataan
     Min
Sisihan Piawaian
1.
Tidak memahami isi kandungan teks
3.40
0.71
2.
Tidak memahami maksud ayat yang dibaca
3.24
0.60
3.
Tidak boleh membaca pantas
2.90
0.91
4.
Cepat jemu dan penat
2.90
0.91

                                          Rajah 1: Permasalahan kemahiran membaca


Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan responden memahami isi kandungan teks yang dibaca paling tinggi iaitu dengan min= 3.40, sp= 0.71. Ini merupakan antara permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami kandungan maklumat yang dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca dengan baik iaitu min= 3.24, sp= 0.60. Kegagalan memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan min= 2.90, sp= 0.91 dan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama dengan min= 2.90, sp= 0.91.
Seterusnya beralih kepada permasalahan kemahiran menulis dalam kalangan murid di luar bandar. Hal ini dapat dilihat seperti rajah di bawah:



                                       Rajah 2: Permasalahan Kemahiran Menulis
Bil
                        Pernyataan
Min
Sisihan Piawaian
1.
Tidak dapat membezakan huruf besar dan dengan huruf kecil
3.62
0.62
2.
Tidak dapat mengecam abjab
3.57
0.90
3.
Tidak faham maklumat yang ditulis
3.56
0.75
4.
Tidak pasti tanda baca
3.42
0.80
5.
Tidak dapat menulis dengan baik
3.40
0.83
6.
Tidak tahu menulis karangan yang bermakna
3.21
0.85
7.
Berasa penat lelah dan letih semasa menulis
2.67
0.96
8.
Mengeja untuk menulis
2.52
0.80


Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian mendapati bahawa masalah utama murid dalam kemahiran menulis ialah tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan, iaitu min= 3.62, sp= 0.62. Responden bersetuju bahawa permasalahan membezakan huruf kecil dan besar, berpunca daripada masalah mengecam abjab dengan keputusan masalah kedua tertinggi dengan min= 3.57, sp= 0.90. Hal ini seterusnya disokong dengan tidak memahami maklumat yang ditulis, iaitu min= 3.56, 0.75. Seterusnya responden juga bersetuju terdapat masalah untuk mengenalpasti tanda baca dengan betul semasa menghasilkan penulisan iaitu min= 3.42, sp= 0.80. Manakala kegagalan responden menguasai kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik iaitu min= 3.40, sp= 0.83. Hal ini sudah pasti menjejaskan penghasilan penulisan karangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas dalam menulis. Kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna iaitu min= 3.21, sp= 0.85. Permasalahan kelemahan menguasai kemahiran membaca dengan baik menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak dizahirkan semasa menulis iaitu min= 2.52, sp= 0.80. Seterusnya menyebabkan murid berasa cepat letih semasa melakukan latihan menulis dengan min= 2.67, sp= 0.96.

Persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis

Jadual 3: Persepsi murid terhadap pengajaran guru
Bil
Pernyataan
Min
Sisihan Piawaian
1.
Pelbagai aktiviti menulis diadakan

3.50
0.68
2.
Guru menyediakan latihan

3.50
0.82
3.
Guru menyebut perkataan

3.41
0.89
4.
Guru menggunakan bahan bantu mengajar

3.24
0.90

Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian mendapati persepsi murid terhadap guru dapat dilihat apabila responden sendiri telah berpendapat bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas dan iaitu min= 3.50, sp= 0.68 dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan latihan dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid iaitu dengan min= 3.50, sp= 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan dengan kadar min= 3.41, sp= 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid agar terus belajar min= 3.24, sp= 0.90.

Rumusan

Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam penguasaanisi kandungan mata pelajaran ini. Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar di dalam bilik darjah. Situasi seperti ini perlu diberi perhatian, iaitu komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.