JURNAL KOMUNIKASI
http://sayembarawatan.blogspot.com/
Pengenalan
http://sayembarawatan.blogspot.com/
Pengenalan
Tajuk jurnal ini adalah
Penjenamaan RTM: Kajian Radio RTM Sabah oleh Mahat Jamal yang diambil daripada
Jurnal Komunikasi Borneo 2014 Vol. 1. Dalam jurnal ini, penyelidik telah
membuat kajian tentang penjenamaan semula RTM secara besar-besaran pada 1 April
2005 dan kesannya terhadap pendengar radio di Sabah umumnya dan siaran Radio
RTM Sabah khususnya ( Sabah fm, Sabah V fm, Sandakan fm, dan Tawau fm) setelah
5 bulan dilaksanakan menggunakan kaedah primer iaitu soal selidik melibatkan
500 orang responden dan kaedah sekunder iaitu analisis kandungan serta kajian
perpustakaan.
Objektif
Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk
mengetahui sambutan masyarakat terhadap radio di Sabah, khususnya radio RTM
Sabah selepas penjenamaan semula dilancarkan pada 1 April 2005 dengan perincian
terhadap:
1.
Faktor-faktor yang mendorong responden
mendengar radio,
2.
Jenis
rancangan yang biasa didengar dan paling diminati,
3.
Penerimaan siaran radio RTM Sabah,
4.
Kesedaran responden terhadap penjenamaan
semula RTM
Dapatan
Kajian
Faktor
yang mendorong responden mendengar radio
Faktor
utama mendorong responden mendengar radio di Sabah ialah untuk mendapatkan
hiburan sebanyak 289 responden (57.8%); diikuti untuk mendengar berita dan isu
tempatan, 222 responden (44.4%); menghilangkan rasa bosan 143 responden
(28.6%); memenuhi masa lapang 103 responden (20.6%).
Jenis
rancangan yang biasa didengar dan paling diminati
Antara sebab utama
responden paling suka mendengar radio ialah disebabkan lagu menarik 254
responden (50.8%); lagu baru dan terkini 143 responden (28.6%); berita tempatan
135 responden (27.0%); mempunyai pelbagai rancangan lagu 81 responden (16.2%);
rancangan menarik (16.2%); mudah faham bahasanya 60 responden ( 12%) dan
peranan DJ, 55 responden (11%).
Penerimaan
siaran radio RTM di Sabah
Penerimaan
siaran radio RTM yang sangat jelas dan mempunyai peratus lebih tinggi di negeri
Sabah ialah Tawau fm (96.3%). Kemudian diikuti oleh Sandakan fm (90.3%),Traxx
fm (86.75%), Muzik fm (74.6%) dan Sabah fm (66%).
Kesedaran
terhadap penjenamaan semula RTM
Hasil
kajian ke atas 500 responden mendapati 436 responden (87.2%) telah menjadi
pendengar radio di Sabah lima bulan selepas penjenamaan semula. Seramai 191
responden (43.8%) sedar tentang adanya penjenamaan semula RTM sementara 245
responden (56.2%) tidak sedar adanya penjenamaan semula RTM. Seramai 168
responden (88%) sedar terhadap perubahan nama radio atau saluran, 75 responden
(39.3%) sedar perubahan terhadap nama rancangan dan 81 responden (42.4%) sedar
tentang pertukaran lagu pengenalan.
Radio
RTM Sabah berada dalam enam teratas daripada 16 saluran yang dibuat kajian
selepas penjenamaan semula. Daripada 500 responden, Sabah fm menduduki tempat
kedua dengan 162 responden (32.5%) selepas Muzik fm dengan 196 responden
(39.2%). Ini diikuti oleh Era fm sebanyak 138 responden (27.6%); Sabah V fm 108
responden (21.6%); Sandakan fm 82 responden (16.4%) dan Tawau fm dengan 81
responden (16.2%). Jumlah keseluruhan pendengar yang mengikuti radio RTM ialah
sebanyak 85.6 %. Hal ini terjadi hasil daripada perubahan dari segi nama
saluran Radio, nama rancangan dan lagu pengenalan yang digunakan dalam setiap
segmen radio RTM Sabah yang menarik minat responden mengikutinya.
Kesimpulan
Pada
keseluruhannya kajian ini telah dapat mengetahui trend pendengar radio, faktor
yang mendorong responden mendengar radio, jenis saluran yang biasa didengar dan
diminati, penerimaan siaran Radio RTM di Sabah dan kesedaran responden terhadap
penjenamaan semula RTM. Analisis ini antara lain dapat melihat kesan dan
keberkesanan penjenamaan radio RTM di Sabah dalam usaha memberi imej dan
reputasi baru radio RTM dalam usaha menjadi badan radio dan televisyen, yang
mempunyai kuasa yang besar dan mendalam terhadap khalayaknya ( Zulkiple Abd.
Ghani; McQuail 1987). Ternyata walaupun setelah proses penjenamaan
dilaksanakan, radio RTM Sabah pada umumnya masih belum dapat memenangi hati dan
minda pendengar sepenuhnya kerana, masih ramai pendengar mengikuti siaran radio
yang dipancarkan dari Kuala Lumpur seperti Muzik fm (39.2%) mengatasi Sabah fm
(32.4%) dan Era fm (27.6%) mengatasi Sabah V fm (21.6%), Sandakan fm (16.4%)
dan Tawau fm (16.2%) daripada seramai 500 responden yang dikaji.