Wednesday, 3 June 2015

Jurnal Bahasa

http://sayembarawatan.blogspot.com/



Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar oleh Abdul Rasid Jemian diambil daripada jurna Pendidikan Bahasa Melayu. Dalam jurnal ini, pengkaji telah menjalankan suatu kajian untuk mengenalpasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar Bandar menggunakan kaedah tinjauan deskriptif terhadap responden.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
        i.            Mengenalpasti masalah dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar Bandar.
      ii.            Mengenalpasti sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.

Hasil Kajian

Permasalahan dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah di luar Bandar
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar. Berdasarkan pemantauan terhadap permasalahan pembacaan telah mendapati, hasil kajian ini menunjukkan bahawa keseluruhan min masalah membaca dalam kalangan murid , iaitu min= 3.50, sp= 0.86. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah


Bilangan
                   Pernyataan
     Min
Sisihan Piawaian
1.
Tidak memahami isi kandungan teks
3.40
0.71
2.
Tidak memahami maksud ayat yang dibaca
3.24
0.60
3.
Tidak boleh membaca pantas
2.90
0.91
4.
Cepat jemu dan penat
2.90
0.91

                                          Rajah 1: Permasalahan kemahiran membaca


Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan responden memahami isi kandungan teks yang dibaca paling tinggi iaitu dengan min= 3.40, sp= 0.71. Ini merupakan antara permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami kandungan maklumat yang dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca dengan baik iaitu min= 3.24, sp= 0.60. Kegagalan memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan min= 2.90, sp= 0.91 dan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama dengan min= 2.90, sp= 0.91.
Seterusnya beralih kepada permasalahan kemahiran menulis dalam kalangan murid di luar bandar. Hal ini dapat dilihat seperti rajah di bawah:



                                       Rajah 2: Permasalahan Kemahiran Menulis
Bil
                        Pernyataan
Min
Sisihan Piawaian
1.
Tidak dapat membezakan huruf besar dan dengan huruf kecil
3.62
0.62
2.
Tidak dapat mengecam abjab
3.57
0.90
3.
Tidak faham maklumat yang ditulis
3.56
0.75
4.
Tidak pasti tanda baca
3.42
0.80
5.
Tidak dapat menulis dengan baik
3.40
0.83
6.
Tidak tahu menulis karangan yang bermakna
3.21
0.85
7.
Berasa penat lelah dan letih semasa menulis
2.67
0.96
8.
Mengeja untuk menulis
2.52
0.80


Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian mendapati bahawa masalah utama murid dalam kemahiran menulis ialah tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan, iaitu min= 3.62, sp= 0.62. Responden bersetuju bahawa permasalahan membezakan huruf kecil dan besar, berpunca daripada masalah mengecam abjab dengan keputusan masalah kedua tertinggi dengan min= 3.57, sp= 0.90. Hal ini seterusnya disokong dengan tidak memahami maklumat yang ditulis, iaitu min= 3.56, 0.75. Seterusnya responden juga bersetuju terdapat masalah untuk mengenalpasti tanda baca dengan betul semasa menghasilkan penulisan iaitu min= 3.42, sp= 0.80. Manakala kegagalan responden menguasai kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik iaitu min= 3.40, sp= 0.83. Hal ini sudah pasti menjejaskan penghasilan penulisan karangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas dalam menulis. Kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna iaitu min= 3.21, sp= 0.85. Permasalahan kelemahan menguasai kemahiran membaca dengan baik menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak dizahirkan semasa menulis iaitu min= 2.52, sp= 0.80. Seterusnya menyebabkan murid berasa cepat letih semasa melakukan latihan menulis dengan min= 2.67, sp= 0.96.

Persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis

Jadual 3: Persepsi murid terhadap pengajaran guru
Bil
Pernyataan
Min
Sisihan Piawaian
1.
Pelbagai aktiviti menulis diadakan

3.50
0.68
2.
Guru menyediakan latihan

3.50
0.82
3.
Guru menyebut perkataan

3.41
0.89
4.
Guru menggunakan bahan bantu mengajar

3.24
0.90

Berdasarkan jadual di atas, hasil kajian mendapati persepsi murid terhadap guru dapat dilihat apabila responden sendiri telah berpendapat bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas dan iaitu min= 3.50, sp= 0.68 dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan latihan dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid iaitu dengan min= 3.50, sp= 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan dengan kadar min= 3.41, sp= 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid agar terus belajar min= 3.24, sp= 0.90.

Rumusan

Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam penguasaanisi kandungan mata pelajaran ini. Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar di dalam bilik darjah. Situasi seperti ini perlu diberi perhatian, iaitu komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment