Wednesday, 3 June 2015

Jurnal Sastera


http://sayembarawatan.blogspot.com/



Pengenalan
Tajuk jurnal ini ialah “Perkara” (Matter) Dalam Perisian Cerita Unggas 1: Dari Perspektif Model Persepsi Estetika” oleh Arbai’ e Sujud dan Madiawati Mamat @ Mustaffa yang diambil daripada Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011. Di dalam jurnal ini, pengkaji telah melakukan suatu kajian tentang kewujudan nilai estetika dalam cerita unggas menggunakan kaedah kajian teks.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah seperti berikut:
1.      Mengetahui soal aspek estetika dalam karya satera
2.      Mengkaji sejauh manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1.

Hasil Kajian
Aspek estetika dalam karya sastera
Dalam sastera, estetika merupakan sesuatu yang pasti wujud kerana sastera itu bersifat indah. Keindahan tersebut mengcakupi pelbagai perkara antaranya, bahasa, pemikiran, dan teknik pengungkapan yang digunakan. Estetika merupakan bidang falsafah mengkaji tentang eindahan yang terdapat dalam alam semulajadi mahupun yang telah diterjemahkan dalam bentuk karya seni ataupun sastera. Alam semulajadi merupakan inspirasi utama pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya. Kajian dalam bidang estetika sastera banyak dilakukan terhadap karya-karya sastera dalam bentuk teks tetapi tidak terhadap karya dalam bentuk cakera padat. Zakaria Osman (1997), dalam kajian ijazah kedoktorannya di Universiti Malaya misalnya, mengkaji novel-novel A. Samad Said dan menghayatinya dari aspek estetika. Kajian tersebut bertujuan untuk mengemukakan satu cara penghayatan estetika yang boleh memberi kepuasan terhadap pembacaan karya-karya sastera.
Istilah kesusasteraan membawa maksud, iaitu sesebuah hasil karya yang berseni serta memberi makna kepada khalayak. Definisi kesusasteraan selalunya dihubungkan dengan asal-usul perkataan kesusasteraan. Malahan. Perkataan “sastera” itu sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit yang disebut sebagai syastra yang membawa erti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan umumnya dimaksudkan persuratan. Jelaslah di sini bahawa, nilai estetika yang unik atau luar biasa itu sendiri yang lahir daripada bahasa luar tersebut sudah membawa kepada wujudnya kesempurnaan dalam tulisan serta hasil karya sastera.

Sejauh manakah medium multimedia digunakan dalam perisian untuk cerita unggas 1

Perisian Cerita Unggas 1, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kumpulan cerita kanak-kanak dalam bentuk multimedia berkonsepkan watak komik dalam cakera padat. Terdapat tiga buah cerita yang dipersembahkan dalam perisian tersebut, iaitu Ayam Kampung dan Ayam Hutan, Cenderawasih dan Bangau Membalas Jasa. Ketiga-tiga buah cerita yang berkisarkan tentang ungags dipersembahkan dengan menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia. Dalam konteks ini, kesemua elemen tersebut perlu diambil kira supaya nilai yang diketengahkan dalam sesebuah karya dapat dihayati oleh para khlayak serta bertujuan melihat sejauh mana pengalaman penghayatan persepsi estetika dapat ditanggapi dalam karya sasatera yang menggunakan elemen multimedia.
            Multimedia dirujuk sebagai istilah yang menjadi trend dalam era teknologi maklumat ( IT- Information Technology). Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai. Menggunakan multimedia bermaksud, menggunakan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan computer (Rozinah Jamaludin, 2005:2). Dalam hubungan ini, perisian multimedia interaktif, merupakan satu asas data dalam bentuk computer yang membolehkan pengguna memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk termasuklah teks, grafik, video, dan juga audio (Reeves, 1992). Sementara itu, multimedia dijelaskan pada masa kini sebagai integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran serta menghidupkan suasana maklumat.

Kesimpulan
Secara konklusinya, nilai estetika serta pengguaan elemen multimedia dalam sastera sangat penting pada masa kini bagi memberi sesuatu pembaharuan terhadap bidang animasi negara. Hal ini sangat bertepatan dengan apa yang dipaparkan melalui cerita ungags yang memberi suatu keunikan kepada kanak-kanak untuk mempelajari Sesutu melalui kesan visual yang menarik dan tidak hanya setakat melalui pembacaan karya-karya teks.

            Tambahan lagi, cerita-cerita ini dipersembahkan dengan elemen multimedia, maka kesan penghayatan adalah lebih baik kerana pelbagai medium digunakan bagi meransang pemikiran khalayak. Bunyi grafik, warna serta muzik merupakan rangsangan-rangsangan penting bagi menarik minat khalayak. Elemen-elemen multimedia yang digunakan itu perlu juga disesuaikan dengan tema da nisi cerita. Keseimbangan penggunaan elemen tersebut sangat penting untuk menyerlahkan aspek estetika dalam sesebuah karya. 

No comments:

Post a Comment